Terms & Conditions — Jelajah Lokal Treasure Hunt 2026

Terma & Syarat

Jelajah Lokal Treasure Hunt — dianjurkan oleh MYDIN Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama Malaysian Hunt Club

Penganjur & Kelayakan

  1. Peraduan “Jelajah Lokal Treasure Hunt” dianjurkan oleh MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD (MYDIN) (No. Syarikat: 199101011136 (221448-A)) (dirujuk sebagai “Pihak Penganjur”) dengan kerjasama Malaysian Hunt Club.
  2. Peraduan ini terbuka kepada;
    • Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Penduduk tetap yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah;

Tempoh Peraduan & Kriteria Penyertaan

  1. Peraduan ini akan berlangsung dari 12:00 pagi 23 Julai 2026 sehingga 30 September 2026 jam 11:59 malam (Waktu Malaysia) (“Tempoh Peraduan”).
  2. Sebarang penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan ditolak dan tidak sah.
  3. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Peraduan (keseluruhan) mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis terlebih dahulu.
  4. Pembelian minimum bernilai RM150 dan ke atas di dalam satu resit/transaksi di cawangan MYDIN mengikut Tempoh Peraduan yang ditetapkan (dengan resit / slip transaksi yang dicetak dengan jelas) akan layak untuk menyertai dan diambil kira sebagai penyertaan yang sah di dalam Peraduan ini (“Bukti Pembelian”).

Cara Penyertaan

  1. Belanja minimum RM150 dalam satu resit di cawangan MYDIN.
  2. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan satu Bukti Pembelian yang dibuat dalam Tempoh Peraduan di cawangan MYDIN dengan mengimbas QR yang terdapat pada poster/ bunting kempen.
  3. Peserta hendaklah mengisi butiran seperti dibawah dan memuat naik Bukti Pembelian;
    • Nama Pasukan
    • Nama
    • Nombor kad pengenalan
    • Umur
    • Jantina
    • Saiz T-shirt
    • Nombor Telefon
    • Alamat e-mel
  4. Peserta yang layak akan dihubungi sebelum acara Treasure Hunt melalui e-mel.
  5. Dengan menghantar penyertaan melalui Malaysian Hunt Club, Peserta adalah dianggap telah membaca dan bersetuju pada notis privasi yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat di sini.
  6. Peserta hanya boleh menghantar SATU (1) penyertaan. Setiap SATU (1) slip transaksi (dengan pembayaran RM150 dan ke atas) layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Penyertaan Peraduan akan dibatalkan jika slip transaksi yang sama digunakan lebih dari SATU (1) kali.

Pemilihan Peserta

  1. Pemilihan peserta berdasarkan perkara berikut.
  2. Pemilihan peserta Peraduan: 50 Peserta terawal yang Berjaya mendaftar empat (4) orang dalam 1 pasukan dan memuat naik resit yang bernilai lebih RM150 sahaja yang layak menyertai mengikut Tempoh Peraduan oleh sistem pemilihan automatik berdasarkan jumlah penyertaan sah yang diperolehi dalam bulan tersebut di sepanjang Tempoh Peraduan (“Peserta Terpilih”).
  3. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, hanya penyertaan yang dihantar mengikut Tempoh Peraduan berkaitan layak berpeluang menyertai satu pusingan untuk tempoh tersebut.
  4. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, senarai pendek, pemilihan pemenang, hadiah dan pelucutan hak hadiah adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. Pemilihan pemenang adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan dan kriteria penyertaan yang ditentukan mengikut budi bicara mutlak Penganjur.
  5. Bukti Pembelian yang tidak boleh dibaca/telah pudar/rosak adalah tidak sah, tidak layak dan akan dibatalkan untuk Peraduan ini.

Pusingan Acara dan Aktiviti

  1. Pusingan untuk acara Treasure Hunt terbahagi kepada tiga (3) iaitu;
    • MYDIN Subang Jaya ke MYDIN MITC, Melaka — 24 Oktober 2026
    • MYDIN Gopeng RTC, Perak ke MYDIN Bukit Mertajam — 31 Oktober 2026
    • MYDIN Kuala Terengganu ke MYDIN Tunjong, Kelantan — 7 November 2026
  2. Sekiranya pusingan yang dipilih penuh, Peserta boleh memilih untuk menyertai pusingan lain yang masih tersedia.
  3. Setiap pasukan hendaklah menggunakan kenderaan sendiri. Pemandu bagi setiap pasukan WAJIB mempunyai lesen memandu yang sah. Kenderaan yang didaftarkan hendaklah mempunyai Cukai Jalan dan perlindungan insurans yang masih sah sepanjang program.
  4. Peserta hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan lain, termasuk bayaran tol, pembelian item yang diperlukan untuk cabaran, kos pembaikan atau kerosakan kenderaan, serta apa-apa perbelanjaan sampingan lain yang ditanggung pada bila-bila masa sepanjang program Treasure Hunt ini. Semua item yang diserahkan sebagai sebahagian daripada cabaran tidak akan dipulangkan.
  5. Peserta hendaklah sentiasa mematuhi semua peraturan dan undang-undang jalan raya sepanjang program berlangsung. Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang didapati melakukan kesalahan lalu lintas.
  6. Peserta hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak Penganjur, marshal atau petugas yang dilantik sepanjang program berlangsung. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
  7. Penganjur berhak mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana pusingan, laluan, aktiviti atau jadual program sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan Penganjur demi keselamatan dan kelancaran program.

Hadiah

Jenis Hadiah (RM) Jumlah Pemenang
Juara 2,000 1
Tempat Kedua 1,500 1
Tempat Ketiga 1,000 1
Tempat Keempat 800 1
Tempat Kelima 500 1
Tempat Keenam – Kesepuluh 400 5
Hadiah Saguhati (Baucar MYDIN) 200 40
JUMLAH PEMENANG 50
  1. Segala gambar hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan illustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan hadiah sebenar yang diterima.
  2. Peserta dikehendaki mengemukakan bukti pengenalan diri (kad pengenalan Malaysia atau pasport) dan maklumat bank (nama bank dan nombor akaun bank) semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk tujuan pengesahan penyertaan Peserta/pemenang.
  3. Bagi pemenang Juara sehingga Tempat kesepuluh — Hadiah akan dikreditkan ke akaun pemenang dalam tempoh satu minggu selepas acara berakhir.
  4. Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Penganjur. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Pihak Penganjur dan ejennya tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti, kerugian and kerosakan yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir hadiah atau apa-apa keadaan yang tidak diduga di luar kawalan yang munasabah oleh Pihak Penganjur dan untuk apa-apa perbuatan atau keingkaran oleh mana-mana vendor atau pembekal pihak ketiga.
  5. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada hadiah semasa proses penebusan. Hadiah yang hilang atau rosak semasa proses penghantaran, tidak akan diganti dan Pihak Penganjur berhak menolak sebarang kewajiban untuk tidak mengganti atau memenuhi hadiah ini.
  6. Apa-apa kos tambahan lain (sebagai contoh perbelanjaan perjalanan) yang terlibat untuk menebus atau mengambil hadiah akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
  7. Pihak Penganjur berhak untuk menangguhkan tarikh dan menukar tempat bagi menuntut hadiah yang telah ditentukan sebelum penebusan hadiah pada tarikh yang lain sekiranya berlaku apa-apa keadaan yang di luar jangkaan.
  8. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan terhadap segala kos pengangkutan yang berkaitan dengan penebusan dan/atau penyerahan hadiah. Apa-apa kos tambahan, duti, cukai dan/atau perbelanjaan sampingan atau caj yang dikenakan berkaitan dengan hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
  9. Penyerahan hadiah kepada pemenang yang dipilih bergantung kepada ketersediaan hadiah yang akan dimaklumkan kepada pemenang yang dipilih oleh Pihak Penganjur dari masa ke semasa.
  10. Semua keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur berhubung dengan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai pemenang dan hadiah adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Peserta tidak akan dilayan.
  11. Pihak Penganjur akan menghubungi Peserta Terpilih melalui maklumat yang dibekalkan semasa proses penghantaran penyertaan.
  12. Semua pemenang mesti menuntut hadiah mereka mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur (melalui SMS atau lain-lain bentuk komunikasi). Sekiranya pemenang gagal untuk menuntut hadiah mereka atau menamakan seorang wakil dalam masa yang diperuntukkan, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah atau memberikan hadiah tersebut kepada pemenang lain. Pemenang perlulah mengemukakan bukti identiti untuk menebus/menerima hadiah mereka. Semua hadiah untuk Peraduan ini akan diberikan selepas tamat Tempoh Peraduan.
  13. Sekiranya pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil pemenang hendaklah membawa surat wakil kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang bersertakan salinan dokumen pengenalan diri pemenang dan wakilnya.
  14. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan hadiah yang sama nilai atas budi bicara tunggal dan mutlaknya. Pihak Penganjur, agensi, sekutunya, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.

Hak Pihak Penganjur

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju memberikan kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan, menyiarkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar pemenang (jika ada) bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan apa jua tujuan lain di dalam apa jua saluran penerbitan, pengedaran atau paparan, tanpa sebarang notis terlebih dahulu atau bayaran royalti atau pampasan kepada pemenang. Pemenang tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan hak milik atau lain-lain pampasan terhadap material tersebut.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  3. Jika atas apa-apa sebab Peraduan ini tidak mampu berlangsung seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan, Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai, atau menggantung Peraduan ini.
  4. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati atau disyaki menipu/menggodam/menyalahgunakan/memanipulasikan proses penghantaran Peraduan, operasi Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini.
  5. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  6. Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, arahan dan kaedah Peraduan seperti yang dijelaskan di laman sesawang www.mydin.my atau sebaliknya, juga akan mengikat semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.
  7. Jika berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi untuk peraduan ini, Terma dan Syarat yang terkandung di www.mydin.my akan diguna pakai dan diutamakan. Jika terdapat percanggahan antara Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu, Terma dan Syarat dalam versi Bahasa Melayu akan diguna pakai.
  8. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Pihak Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan untuk tujuan Peraduan.
  9. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta yang berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan menyertai, menghantar penyertaan atau penerimaan hadiah) adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang/Peserta. Pihak Penganjur, sekutunya, ejen-ejen dilantik atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos/caj/yuran/perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dengan Peraduan ini.
  10. Pihak Penganjur, sekutunya dan/atau pihak ketiga yang dilantik tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, lewat disebabkan atau sebarang kesilapan teknikal.

Liabiliti dan Tanggungjawab

  1. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam Peraduan ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan hadiah dan bersetuju untuk melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya daripada sebarang tuntutan sama ada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan nyawa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
  2. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Pihak Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Pihak Penganjur untuk tujuan Peraduan ini) bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan ini, walaupun Pihak Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi yang tersebut adalah dinafikan.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan dan semua keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur.
  4. Pihak Penganjur ingin memberi peringatan kepada Peserta untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya semasa menerima sebarang panggilan telefon atau mesej yang meminta maklumat peribadi anda semasa dan atau selepas Peraduan. Pihak Penganjur juga ingin menasihatkan Peserta kami untuk menghubungi Pihak Penganjur untuk pengesahan mengenai Peraduan ini.

Notis Privasi

  1. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, nombor kad pengenalan (KP) yang telah ditutupkan dan butir-butir peribadi lain (“Data Peribadi”) untuk tujuan menjalankan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumuman dan penerbitan Data Peribadi dan/atau foto Peserta di laman sesawang Pihak Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
  2. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta juga memberikan persetujuan dan kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk berkongsi atau mengumpul Data Peribadi mereka termasuk dengan pihak ketiga (jika diperlukan) tidak terhad kepada agen Pihak Penganjur. Semua pihak ketiga tersebut dikehendaki secara kontrak, tidak menggunakan Data Peribadi Peserta selain daripada cara yang dinyatakan di sini.
  3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:
    • Hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Pihak Penganjur di alamat kontak yang dinyatakan di bawah yang disediakan Pihak Penganjur dengan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan Data Peribadi tersebut;
    • Hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dimiliki oleh Pihak Penganjur; dan
    • Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.
  4. Sebarang isu perlindungan data bersama Pihak Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi Peserta, sila rujuk laman sesawang Pihak Penganjur di www.mydin.my atau menghubungi talian pelanggan Pihak Penganjur di 1300-30-8786 atau emel ke [email protected].
  5. Pihak Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan Data Peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemprosesan data daripada pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Pihak Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
  6. Apa-apa perkara berkaitan Data Peribadi yang berhubung kait dengan Peraduan ini akan ditadbir dan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa undang-undang yang berkaitan di Malaysia.